Malaysia

Anggota polis maut digilis lori di Cheras

Seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Cheras dari arah Taman Midah ke Taman Connaught, kira-kira jam 1.10 tengah hari Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata mangsa berusia 34 tahun yang bertugas di Urus Setia KPN Bukit Aman menunggang Yamaha 135LC ketika kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mencelah antara dua lorong ketika trafik sesak sebelum kenderaan di hadapan membrek secara mengejut.

Mangsa hilang kawalan, terjatuh dan masuk ke bawah lori jenis Sinotruk Howo di lorong kiri sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Pemandu lori berusia 45 tahun tidak cedera dan ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut mengesan sebuah lagi kenderaan yang dipercayai terlibat dan meminta saksi tampil membantu siasatan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker