Dunia

Angka korban serangan Israel terhadap sekolah di Iran libat 180 kanak-kanak

Angka korban serangan peluru berpandu Israel ke atas Sekolah Shajareh Tayyebeh di Minab, selatan Iran, meningkat kepada kira-kira 180 kanak-kanak, menurut Ketua Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan Iran, Hossein Kermanpour.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding laporan awal antara 150 hingga 165 mangsa, sekali gus menjadikan insiden itu antara paling tragis dalam siri serangan Amerika Syarikat–Israel ke atas Iran sejak Sabtu lalu.

Hossein turut memaklumkan peluru berpandu sama digunakan dalam serangan ke atas Hospital Gandhi di Tehran beberapa jam kemudian.

Serangan udara berterusan di ibu negara itu dilaporkan turut mengenai bangunan polis dan ibu pejabat penyiaran negara.

Sekolah berkenaan menempatkan murid perempuan sekolah rendah ketika serangan berlaku pada pagi Sabtu, hari pertama minggu persekolahan di Iran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker