MalaysiaSukan

Aruwin Salehuddin dinobat atlet terbaik Asia di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Atlet ski alpine negara, Aruwin Salehuddin, menamatkan kempen Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 dengan pencapaian membanggakan sebagai atlet terbaik Asia dalam acara slalom wanita semalam.

Pelumba berusia 22 tahun itu mencatat masa keseluruhan 1 minit 54.82 saat, menduduki tempat ke-44 daripada 53 pelumba yang berjaya menamatkan kedua-dua larian.

Slalom, perlumbaan ski alpine paling pendek dan teknikal, menuntut atlet menuruni laluan berliku sambil melalui deretan pintu rapat sebelum tiba di garisan penamat.

Pingat emas menjadi milik jaguh Amerika Syarikat, Mikaela Shiffrin, diikuti Camille Rast (Switzerland) dan Anna Larsson (Sweden) bagi gangsa.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker