Dunia

AS batal lebih 3,200 penerbangan udara susulan penutupan kerajaan

Lebih 3,200 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat pada Ahad susulan penutupan kerajaan yang berlarutan hingga menjejaskan operasi pengangkutan udara.

Penutupan yang berlanjutan sejak 1 Oktober menyebabkan ribuan pengawal trafik udara bekerja tanpa gaji, sekali gus memaksa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengurangkan jumlah penerbangan domestik secara berperingkat.

Setakat Ahad, lebih 10,000 penerbangan turut mengalami kelewatan, menjadikan gangguan udara antara yang terburuk sejak krisis politik itu bermula.

Parti Republikan dan Demokrat kini dilaporkan mencapai perjanjian sementara bagi menamatkan penutupan kerajaan yang sudah memasuki hari ke-40.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker