Dunia

AS puji kepimpinan Anwar pencetus gencatan senjata Thailand-Kemboja

Amerika Syarikat memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi orang tengah dalam mencapai persetujuan gencatan senjata serta-merta antara Thailand dan Kemboja.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara AS menyatakan penghargaan atas peranan Malaysia dalam menganjurkan rundingan damai itu serta menyeru kedua-dua negara mematuhi sepenuhnya komitmen bagi menamatkan ketegangan di sempadan.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar di Putrajaya menyaksikan pertemuan bersemuka pertama antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, sejak konflik tercetus pada 24 Julai lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker