Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31 berkuatkuasa esok

Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Pelantikan beliau, yang kini menyandang jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dibuat susulan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-631 pada 19 November 2025 dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada 1 Disember 2025.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan pelantikan itu dijangka memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi ATM bagi memenuhi keperluan pertahanan negara semasa dan akan datang.
Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan keputusan MAT ke-631 melibatkan pelantikan Jeneral Tan Sri Datuk Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.
Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti bagi membolehkan siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang dilaporkan melibatkan beliau.




