Ballon d’Or 2025 milik Dembele, musim bersejarah bersama PSG

Ousmane Dembele mencipta sensasi bola sepak dunia apabila dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2025 selepas musim gemilang bersama Paris Saint-Germain (PSG).
Bintang berusia 28 tahun itu menjadi tonggak utama kejayaan PSG meraih treble bersejarah seperti Liga Juara-Juara pertama dalam sejarah kelab, Ligue 1 dan Coupe de France, selain turut menjuarai Piala Super Perancis.
Sepanjang musim 2024/25, Dembele menjaringkan 35 gol dan mencatat 16 bantuan gol dalam 53 penampilan, menjadikan jumlah penglibatan golnya mencecah 51.
Prestasi luar biasa itu melayakkannya memenangi Ballon d’Or, Pemain Terbaik Ligue 1, Kasut Emas Ligue 1 serta Pemain Terbaik Liga Juara-Juara.
Persaingan terdekat datang daripada sensasi muda Barcelona, Lamine Yamal, yang meledak 46 gol dalam 61 perlawanan dan membantu pasukannya menjulang La Liga, Copa del Rey serta Piala Super Sepanyol.
Senarai akhir turut menyaksikan Vitinha (PSG) di tempat ketiga, Mohamed Salah (Liverpool) di tangga keempat, manakala Cole Palmer (Chelsea) mengejutkan ramai dengan berada di kedudukan kelapan.



