Malaysia

Malaysia bakal dilanda fenomena La Nina hingga Februari 2026

Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina lemah bermula hujung tahun ini hingga Februari 2026, yang berpotensi meningkatkan episod hujan lebat ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Berdasarkan analisis antarabangsa, negara dijangka mengalami lima hingga tujuh episod hujan lebat sepanjang tempoh tersebut, dengan kesan utama tertumpu di Sabah.

Ia berisiko mengakibatkan negeri itu menerima taburan hujan sehingga 40 peratus lebih tinggi berbanding purata biasa. Pantai Timur Semenanjung pula dijangka menerima hujan pada tahap normal.

MTL dijangka bermula awal November dengan risiko banjir lebih tinggi di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

MetMalaysia mengingatkan penduduk di kawasan berisiko, khususnya di Sabah dan Pantai Timur, supaya sentiasa peka dengan amaran cuaca dari semasa ke semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker