Dunia
Bas didakwa sengaja dibakar di Switzerland, enam maut

Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah bas terbakar di bandar Kerzers, kanton Fribourg, Switzerland pada petang Selasa.
Kejadian berlaku sekitar 6.25 petang waktu tempatan kira-kira 20 kilometer dari ibu negara Bern.
Lima mangsa dilaporkan cedera dengan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal, manakala seorang mangsa diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter.
Polis menutup kawasan kejadian bagi operasi kecemasan dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada perbuatan sengaja, namun punca sebenar masih disiasat.




