Malaysia

Budak enam tahun dikelar, Roblox didakwa jadi pengaruh

Permainan dalam talian popular Roblox disyaki menjadi punca insiden kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Batu Pahat pada Isnin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan awal mendapati kecederaan itu dipercayai dilakukan oleh abang mangsa berusia sembilan tahun, yang didakwa bermain Roblox secara berlebihan sehingga mengumpul kira-kira satu juta mata dalam permainan tersebut.

Abang mangsa didakwa menggunakan pisau dari rumah sebelum mencederakan adiknya yang kini stabil dan dirawat di Hospital Batu Pahat.

Ibu bapa kedua-dua kanak-kanak berusia 41 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sementara polis mendapatkan nasihat undang-undang lanjut daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker