Dunia

Bumi semakin panas, PBB ramal permintaan penghawa dingin naik tiga kali ganda 

Bumi yang semakin panas dijangka melonjakkan permintaan penghawa dingin global lebih tiga kali ganda menjelang 2050, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Peningkatan populasi, kemakmuran ekonomi dan gelombang haba ekstrem menjadi pendorong utama lonjakan ini, dengan Afrika dan Asia Selatan dijangka mencatat pertumbuhan tertinggi.

PBB memberi amaran bahawa penggunaan penghawa dingin tidak cekap boleh hampir menggandakan pelepasan gas rumah hijau berkaitan penyejukan berbanding tahap 2022.

Bagi mengelak kesan alam sekitar yang lebih buruk, PBB mencadangkan penyelesaian penyejukan mampan seperti reka bentuk bangunan dengan sistem tebatan baik, teduhan semula jadi dan sistem berasaskan tenaga solar.

Ini supaya dapat menurunkan suhu dalaman sehingga 8 darjah Celsius serta mengurangkan pelepasan global sehingga 64 peratus menjelang pertengahan abad ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker