Malaysia
Dakwaan kerajaan senyap kes pihak al-Quran, PM jawab “negara ada undang-undang”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dakwaan kerajaan tidak bertindak terhadap insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan mengikut undang-undang dan menekankan bahawa negara ditadbir berlandaskan proses perundangan, bukan emosi atau spekulasi media sosial.
Orang ramai diminta menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada pihak berkuasa.
Terdahulu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman bagi membantu siasatan kes menghina agama Islam, manakala polis Pahang memaklumkan kertas siasatan telah dilengkapkan.




