Malaysia

Nama Wan Saiful naik sebagai anggota kabinet baharu

Nama Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menjadi perhatian selepas beliau dikaitkan sebagai antara individu yang bakal dibawa masuk ke dalam Kabinet baharu.

Namun memetik laporan MalaysiaGazette, beliau memilih untuk tidak memberikan sebarang maklum balas ketika diminta menjawab tentang spekulasi itu.

Menurut laporan tersebut, perkembangan mengejutkan itu muncul susulan khabar rombakan Kabinet yang dijangka berlaku esok.

Berbanding beberapa Ahli Parlimen pro-kerajaan yang didakwa aktif melobi jawatan, Wan Saiful yang kini Ahli Parlimen Bebas selepas dipecat daripada Bersatu difahamkan telah dijemput sendiri untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sumber berkata, beliau turut dipanggil untuk satu pertemuan dengan wakil kerajaan minggu lalu, walaupun butiran mengenai tawaran atau portfolio yang mungkin diberikan tidak didedahkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker