Malaysia

DAP cadang PRU16 diadakan serentak dengan PRN

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook mencadangkan pilihan raya di 11 negeri Semenanjung diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, langkah itu dapat menjimatkan kos serta menyelaraskan semula tempoh penggal kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Ketika PRU15 pada November 2022, enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu menangguhkan PRN kerana bimbang musim banjir, sebelum mengadakannya pada Ogos 2023. Hanya Perlis, Perak dan Pahang mengadakan PRN serentak dengan PRU15.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRU15 melibatkan kos RM725 juta, manakala PRN enam negeri itu menelan tambahan RM420 juta. Loke berkata cadangan ini belum dibincangkan bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH), namun diyakini seiring dengan kepentingan gabungan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker