Difitnah palsukan jantina, isteri Presiden Perancis alami tekanan mental

Brigitte Macron kini berdepan tekanan emosi serius selepas menjadi mangsa dakwaan palsu mengenai identiti jantinanya yang tular di media sosial.
Kesihatan mental isteri Presiden Perancis itu dilaporkan merosot dan beliau hidup dalam kebimbangan berterusan kerana bimbang setiap gambar atau penampilannya dimanipulasi untuk menyambung fitnah tersebut.
Kes ini dibicarakan di Mahkamah Paris dengan 10 individu didakwa atas gangguan siber terhadap Brigitte Macron.
Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional dan berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Fitnah yang sama turut membawa kepada tindakan undang-undang terhadap pengulas konservatif Amerika Syarikat, Candace Owens, yang dituduh menjalankan kempen berterusan menyebarkan teori konspirasi mengenai Brigitte Macron.
Perbicaraan sedang berlangsung dan keputusan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.




