Malaysia
Dua maut, MPV rempuh lori buah-buahan di lebuh raya PLUS

Dua lelaki maut selepas MPV Toyota Estima yang mereka naiki merempuh sebuah lori membawa buah-buahan di KM141.5 Lebuhraya PLUS berhampiran R&R Juru, malam tadi.
Kedua-duanya, Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, dan Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31, tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Pasukan bomba dari BBP Perai tiba selepas menerima panggilan pada 11.22 malam dan mendapati pemandu lori tidak cedera.
Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan berjaya dibawa keluar pada 11.56 malam sebelum disahkan meninggal oleh petugas perubatan. Operasi ditamatkan pada 12.40 tengah malam.




