Dunia

Dua menteri maut dalam nahas helicopter di Ghana

Dua menteri kanan Ghana, termasuk Menteri Pertahanan dan Menteri Alam Sekitar, disahkan maut selepas helikopter tentera yang dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan di selatan negara itu.

Nahas yang berlaku di wilayah Ashanti itu turut mengorbankan semua lapan individu dalam pesawat, termasuk kru, pegawai keselamatan dan beberapa tokoh politik.

Ketika kejadian, mereka dilaporkan dalam perjalanan menghadiri taklimat berkaitan isu perlombongan haram yang memberi kesan kepada alam sekitar.

Tentera Ghana memaklumkan helikopter terbabit hilang dari radar selepas berlepas dari Accra menuju ke Obuasi, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker