Dunia

F1: Perlumbaan di Bahrain, Arab Saudi dibatalkan?

Perlumbaan Grand Prix Bahrain dan Grand Prix Arab Saudi dijangka dibatalkan susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Beberapa sumber memaklumkan pengumuman rasmi oleh Formula 1 dijangka dibuat selewat-lewatnya Isnin ini, menjelang tarikh akhir penghantaran kargo perlumbaan ke Bahrain pada 20 Mac atas faktor logistik.

Jika pembatalan disahkan, kedua-dua perlumbaan itu dijangka tidak diganti atau dijadual semula, sekali gus menjadikan April tanpa perlumbaan dan mengurangkan jumlah pusingan musim ini kepada 22.

GP Bahrain sebelum ini dijadual berlangsung pada 12 April, diikuti GP Arab Saudi di Jeddah pada 19 April. Pusingan seterusnya ialah GP Jepun pada 29 Mac sebelum kejuaraan diteruskan di GP Miami pada 3 Mei.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker