Malaysia

Gelaran ‘Dr’ tidak layakkan seseorang amal perubatan jika tidak daftar MMC

Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menegaskan bahawa penggunaan gelaran ‘Doktor’ tidak melayakkan seseorang mengamal perubatan sekiranya individu berkenaan tidak berdaftar dengan MMC, selaras Akta Perubatan 1971.

MMC menjelaskan hanya graduan daripada program perubatan yang diiktiraf dan memenuhi syarat ditetapkan, termasuk lulus peperiksaan serta menjalani latihan siswazah di hospital diiktiraf, dibenarkan menjalankan amalan perubatan di negara ini.

Penjelasan itu susulan isu melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, yang tidak berdaftar dengan MMC dan memperoleh ijazah perubatan daripada Universitas Islam Bandung, Indonesia, yang tidak diiktiraf di Malaysia.

Isu itu turut dibangkitkan selepas dakwaan beliau pernah berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik di Sungai Petani.

MMC turut memaklumkan graduan perubatan masih boleh menggunakan gelaran akademik ‘Dr’, namun orang awam disaran menyemak status pendaftaran pengamal perubatan melalui sistem MeRITS bagi mengelakkan kekeliruan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker