Malaysia

Gelombang kedua RXZ Members! Demi solidariti Global Sumud Flotilla esok

Komuniti RXZ Members akan menganjurkan program solidariti Global Sumud Flotilla pada 5 Oktober ini di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Himpunan bermula jam 4 petang dan terbuka kepada semua, bukan hanya pemilik motosikal RXZ.

Setiap peserta digalakkan membawa bendera Palestin sebagai simbol sokongan terhadap aktivis kemanusiaan yang kini ditahan tentera laut Israel.

Program ini menjadi inisiatif pertama komuniti peminat permotoran itu dalam perjuangan solidariti Palestin dan dijangka menarik penyertaan besar di Pantai Timur.

Ketika ini, lebih 450 aktivis dari 47 negara, termasuk Malaysia, telah dipindahkan ke Pelabuhan Ashdod di selatan Israel selepas flotila disekat.

Situasi itu mencetuskan gelombang solidariti global yang mendesak pembebasan segera semua aktivis tanpa syarat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker