Malaysia
Guna Budi95 pakai MyKad orang lain, lelaki didenda RM2,000

Seorang lelaki, Abdullah Ayub, 42, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan MyKad milik orang lain di sebuah stesen minyak di Gemencheh.
Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali turut menetapkan hukuman enam bulan penjara sekiranya denda gagal dibayar.
Abdullah didakwa mengikut Peraturan 25(1)(o) Peraturan Pendaftaran 1990 (Pindaan 2007), dengan pendakwaan dikendalikan Mazrul Azli Matrus.
Kes ini terbongkar selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima aduan pemilik MyKad berhubung penebusan Budi Madani RON95 (Budi95) tanpa kebenaran.
Tertuduh ditahan di PPRT Kampung Baru, Sungai Lerek pada 26 Disember lalu.




