Malaysia

Guna IC palsu untuk kerja di kilang, 86 warga asing ditahan

Seramai 86 warga asing ditahan dalam Ops Kotak di sebuah kilang membuat kotak dan percetakan di Taman Teknologi Johor, Senai selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja.

Mereka terdiri daripada 19 lelaki dan 67 wanita berusia 19 hingga 50-an, kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia, walaupun memiliki pasport sah.

Operasi yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu melibatkan pemeriksaan ke atas 233 pekerja, termasuk warga tempatan.

Siasatan awal menunjukkan penggunaan kad pengenalan palsu dipercayai didalangi sindiket atau ejen pekerjaan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, 68 lelaki dan dua wanita warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki pasport, dan tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker