Malaysia

Gunung di Negeri Sembilan perlu ada malim untuk didaki bermula 1 Oktober

Semua pendaki di Gunung Besar Hantu dan Trans Naning diwajibkan menggunakan khidmat Malim Gunung Perhutanan bermula 1 Oktober depan.

Setakat ini, seramai 77 Malim Gunung telah berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Langkah ini bertujuan memastikan trek lebih terurus serta membantu pemantauan kawasan ekopelancongan.

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan turut membuka semula jalur pendakian Trans Naning pada 16 Ogos 2025 dan Taman Eko Rimba Jeram Toi pada 29 Ogos 2025 selepas ditutup bagi kerja penyelenggaraan.

Dalam masa sama, 11 produk ekopelancongan negeri dipilih untuk dipromosikan sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, melibatkan empat Taman Eko Rimba, satu Hutan Taman Negeri, dua eco-park dan empat jalur pendakian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker