Guru dedah rimas sering ditenung pelajar, hantar mesej ‘pancing’ tengah malam

Seorang guru wanita berkongsikan rasa tidak selesa apabila pelajar lelakinya dikatakan kerap memerhatikannya dengan pandangan mencurigakan ketika sesi pengajaran.
Pelajar sekolah menengah itu bukan sahaja sering menatap guru berkenaan dengan lama setiap kali di dalam kelas, malah berani menghantar mesej di WhatsApp pada waktu awal pagi.
Ia termasuk pelajar itu meminta ‘suap’ makanan selepas melihat status yang dimuat naik gurunya.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu turut mendedahkan pelajar itu menegur secara terus di sekolah apabila mesejnya tidak dibalas serta bertindak menghubungi gurunya pada lewat malam.
Difahamkan juga, pelajar berkenaan tidak mempunyai rekod masalah disiplin dan dikenali sebagai individu yang pendiam.
Rata-rata netizen meninggalkan komen menyeru wanita itu supaya tidak mendiamkan diri dan segera berdepan dengan pelajar tersebut kerana tindakan itu jelas memberi persepsi negatif.
Malah, ada yang cuba berfikiran positif dengan melihat tindakan pelajar itu hanya untuk bertanyakan tentang sesuatu berkaitan akademik.




