Had subsidi 800 liter BUDI95 sebulan bagi pemandu e-hailing

Kerajaan menaikkan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk sektor e-hailing kepada 800 liter sebulan bagi pemandu yang layak, berbanding 600 liter sebelum ini.
Langkah itu turut melibatkan peningkatan jarak minimum perjalanan kepada 5,000 kilometer, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan meneliti keperluan sebenar pemandu e-hailing yang merasakan kuota sedia ada tidak mencukupi.
Sebanyak 58,000 pemandu e-hailing dikenal pasti layak menerima manfaat ini.
Mengenai pengecualian subsidi RON95 kepada golongan T15 (berpendapatan tinggi), beliau menjelaskan ia akan dilaksanakan selepas sistem BUDI95 dinaik taraf bagi memastikan ketepatan data dan pelaksanaan yang adil.
Buat masa ini, kerajaan mengekalkan sistem sedia ada sehingga penambahbaikan selesai.



