Malaysia
Hafiz Suip, Nureffy sah bercerai selepas hampir 10 tahun berumah tangga

Selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi Hafiz Suip dan Nureffy Jasreel Abdullah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu.
Difahamkan, pasangan itu mengambil masa lebih setahun sebelum mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik, dengan hak penjagaan dua anak mereka diserahkan kepada Nureffy.
Hafiz yang kini menetap di Kuching, Sarawak, turut memaklumkan perbincangan berkaitan lawatan anak-anak masih berjalan, dan dia berhasrat meluangkan masa bersama mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Perkahwinan mereka berlangsung pada Mei 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5.




