Dunia

Harga tempahan bilik hotel mewah Dubai kini lebih murah  

Harga bilik hotel mewah di Dubai dilaporkan jatuh mendadak susulan konflik ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Hotel-hotel di kawasan premium seperti Palm Jumeirah dan Downtown Dubai yang sebelum ini mengenakan kadar sekitar €400 (kira-kira RM1,830) semalam kini terpaksa menurunkan harga sehingga 20 peratus.

Industri pelancongan mewah di bandar itu menerima kesan besar apabila pelancong dari Eropah dan Asia membatalkan rancangan perjalanan mereka.

Penggiat industri memberi amaran sektor pelancongan Dubai berdepan kemerosotan berpanjangan jika konflik berterusan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker