Ibu bapa boleh didenda hingga RM1,600 jika paksa anak belajar berlebihan

Kerajaan Vietnam bakal menguatkuasakan dekri baharu bermula 15 Disember ini, yang membolehkan ibu bapa atau ahli keluarga didenda antara RM800 hingga RM1,600 jika didapati memaksa anak atau ahli keluarga lain belajar secara berlebihan.
Selain denda, pesalah turut diwajibkan memohon maaf kepada mangsa, sama ada secara peribadi atau terbuka melalui media.
Dekri tersebut turut memperuntukkan hukuman bagi individu yang menghalang ahli keluarga daripada bergaul, mendiskriminasi berdasarkan jantina, rupa paras atau keupayaan, serta menghina maruah.
Sesiapa yang gagal memberikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam keluarga pula boleh dikenakan denda lebih tinggi, antara RM1,600 hingga RM3,200.
Langkah baharu ini diperkenalkan ketika Vietnam berdepan ribuan aduan keganasan rumah tangga setiap tahun, dengan lebih 3,100 kes dilaporkan pada 2023, kebanyakannya melibatkan penderaan fizikal dan emosi.




