Malaysia

Jangan sorok isu keselamatan sekolah demi jaga reputasi – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail menegaskan isu keselamatan di sekolah tidak sepatutnya disembunyikan semata-mata untuk menjaga reputasi institusi, kerana tindakan itu boleh menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekolah, Kementerian Pendidikan dan ibu bapa perlu diperkukuh supaya setiap insiden dapat dilaporkan dan ditangani dengan segera.

PDRM melalui pegawai perhubungan sekolah juga menjalankan lawatan serta perbincangan berkaitan keselamatan, termasuk cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) meningkatkan rondaan di sekolah dan asrama.

Mengulas kematian pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, pada 3 Oktober lalu, Mohd Khalid berkata siasatan menyeluruh masih dijalankan dan beberapa perkara masih belum dapat disahkan.

Beliau berkata polis akan memastikan siasatan lengkap sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker