Malaysia

Kanak-kanak meraung kesakitan dicederakan oleh lelaki guna tukul di bawah flat di JB

Polis menahan lelaki berusia 39 tahun kerana disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menggunakan tukul besi di Flat Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Sabtu lalu.

Mangsa mengalami kecederaan serius termasuk koyakan di kulit kepala dan bengkak pada tangan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah dalam keadaan stabil.

Kejadian terbongkar selepas rakaman CCTV memaparkan insiden tular di media sosial.

Suspek ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat dan didapati positif dadah serta memiliki pelbagai rekod jenayah lampau.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker