Malaysia

Lexult–RD Mystics bergabung tawar pakej jet peribadi & pelancongan mewah

Kumpulan Lexult menerusi anak syarikatnya, Black Cat Smart Force Sdn Bhd, memeterai kerjasama strategik dengan RD Mystic Global Travel & Events Sdn Bhd bagi memperkukuh segmen penerbangan peribadi dan pelancongan eksklusif.

Kerjasama itu menyepadukan perkhidmatan jet peribadi, keselamatan dan logistik darat dalam satu pakej menyeluruh untuk pelanggan VIP.

Lexult mempunyai 18 jet peribadi serta menawarkan perkhidmatan ambulans udara, jet kargo, pajakan dan pengurusan lapangan terbang untuk tetamu kenamaan.

RD Mystic pula mengendalikan aspek perjalanan darat, pelancongan dan pengurusan acara bagi memastikan pengalaman premium yang lancar.

Gabungan ini dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia dalam industri penerbangan peribadi dan pelancongan mewah serantau.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker