Malaysia

Kastam sita 32 kenderaan import RM8.45 Juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 32 kenderaan import tidak berkastam bernilai RM8.45 juta dalam Op Purple di gudang berlesen sekitar Damansara, Selangor dan Setapak, Kuala Lumpur antara 29 Julai hingga 7 Ogos.

Siasatan mendapati kenderaan terbabit disimpan melebihi tempoh 48 bulan, melanggar syarat lesen di bawah Akta Kastam 1967. Pemilik gudang disyaki menyalah guna pengecualian duti yang dibenarkan.

Kes masih disiasat, manakala JKDM merekodkan 353 kes rampasan bernilai RM72.12 juta dari Januari hingga Ogos tahun ini, melibatkan rokok, minuman keras, besi import, ganja, dron dan mercun.

Orang ramai turut digesa membantu memerangi penyeludupan dan tidak terbabit dengan aktiviti jenayah tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker