Malaysia

Kejohanan Golf Vanakkam Malaysia kumpul dana bantu sekolah Tamil

Vanakkam Malaysia menganjurkan Pertandingan Golf Amal 2025 buat julung kali di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh, dengan lebih 100 peserta terdiri daripada ahli korporat dan usahawan.

Bertemakan “Swing with Purpose, Play with Passion”, acara ini bertujuan mengumpul dana untuk sekolah Tamil dan program CSR.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Thiaga Rajan, berkata penganjuran itu juga membuka ruang interaksi lebih dekat antara komuniti dan pengamal media.

Fauzan dari Kelab Golf Rahman Putra muncul juara kategori terbuka dan menerima televisyen LED Panasonic 50 inci serta trofi.

Manakala Gopal Krishnan dari Kulim, Kedah menjuarai kategori senior dan membawa pulang bangku Canio Fella Design, beg cenderahati Vanakkam Malaysia dan trofi.

Pemenang cabutan bertuah pula membawa dua hadiah utama iaitu jam tangan TITONI bernilai RM5,000 dan pakej percutian ke Bali untuk dua orang bernilai RM5,000.

Kejohanan itu turut disokong pelbagai penaja termasuk Bridgestone Golf, Eagle Eye Golf, Panasonic Malaysia, Titoni, Iroas Leather Goods, Fella Design, Pearl Star Tour & Travel, Skechers Malaysia, Munchy’s, Spectrum Outdoor, Colors of India, Tejas Food, Mike Golf dan Jasmine Banquet Hall.

Vanakkam Malaysia merancang menjadikannya acara tahunan bagi mengukuhkan sokongan terhadap pendidikan komuniti Tamil dan memperluas jaringan CSR bersama sektor korporat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker