Malaysia

Kes influenza menurun, cuma 30 wabak direkodkan – KKM

Kes jangkitan influenza dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) di Malaysia menunjukkan trend penurunan berterusan sejak pertengahan bulan ini.

Bagi minggu epidemiologi 43 (19–25 Oktober), Kementerian Kesihatan KKM merekodkan kadar konsultasi kes seperti influenza menurun daripada 9.68% kepada 8.18%, manakala kadar kemasukan SARI berkurang kepada 10.45%.

Jumlah wabak yang dilaporkan juga merosot ketara, hanya 30 wabak direkodkan berbanding 216 wabak dua minggu sebelumnya, penurunan lebih 80%, menandakan situasi influenza dalam negara semakin reda.

Namun begitu, KKM menegaskan pemantauan rapi tetap diteruskan, khususnya di sekolah dan tadika yang sebelum ini mencatat lebih 80% kluster influenza.

Setakat September tahun ini, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) telah menerima 7,373 pesakit luar dan 1,190 pesakit dalam dengan purata tempoh rawatan 22 hari.

Daripada jumlah itu, 75 hingga 80 peratus pesakit berjaya mencapai matlamat pemulihan yang ditetapkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker