Kes tembakan berhampiran White House, suspek maut ditembak

Seorang suspek lelaki maut selepas melepaskan tembakan ke arah anggota Secret Service di kawasan sekatan keselamatan berhampiran White House di Washington DC, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Menurut kenyataan Secret Service, suspek mengeluarkan senjata daripada beg miliknya sebelum mula melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan yang bertugas.
Anggota Secret Service kemudian membalas tembakan dan berjaya mengenai suspek sebelum lelaki itu dibawa ke hospital. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Dalam kejadian sama, seorang orang awam turut terkena tembakan, namun keadaan mangsa masih belum didedahkan setakat ini.
Suspek dikenali sebagai Nasire Best, 21 tahun, dan difahamkan pernah berada dalam radar Secret Service sebelum ini.




