Khairul Aming mohon maaf kepada 3,000 pemohon kerja di Rembayung, semua jawatan dah penuh

Lebih 3,000 resume masuk tanpa henti sejak semalam untuk memohon kerja di restoran baharu Khairul Aming, Rembayung.
Pempengaruh dan usahawan itu berkata beliau terharu, namun memohon maaf kerana tiada lagi kekosongan selepas lima jawatan yang dibuka semalam sudah pun disenarai pendek.
Restoran fizikal pertama KA itu, dibina sepenuhnya dari kosong di atas tanah 8,000 kaki persegi di Kampung Baru dengan pelaburan RM4 juta, bakal dibuka Januari ini.
Dalam sesi live TikTok malam tadi, KA menjelaskan bahawa restoran tidak menyediakan parkir sendiri, namun terdapat tanah persendirian bersebelahan yang boleh memuatkan sekitar 30 kereta.
Beliau turut menambah, pengunjung yang biasa dengan kawasan itu memang tahu di kawasan tempat letak kereta yang lain.
Rembayung juga terletak berhampiran stesen LRT, memberi pilihan kepada pelanggan untuk datang menggunakan pengangkutan awam.




