Malaysia
KKM nafi vaksin, paracetamol punca autisme

Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan dakwaan kononnya vaksin kanak-kanak dan penggunaan paracetamol ketika hamil menjadi punca autisme adalah tidak benar.
Vaksin terbukti menyelamatkan jutaan nyawa serta melindungi masyarakat daripada lebih 50 penyakit berjangkit.
Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengesahkan tiada bukti saintifik mengaitkannya dengan autisme.
WHO juga mengiktiraf paracetamol sebagai ubat selamat digunakan semasa hamil sekiranya diambil mengikut dos serta nasihat doktor.
Autisme merupakan gangguan perkembangan otak yang kekal dan kini menjejaskan hampir 62 juta orang di seluruh dunia.




