Malaysia

Kontraktor LRT3 kena penalti RM475 juta akibat kelewatan – Anthony

Kontraktor utama projek LRT3 kini berdepan penalti kira-kira RM475 juta akibat kelewatan menyiapkan projek tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, kadar ganti rugi harian ditetapkan RM2.7 juta dan jumlah kelewatan sebanyak 174 hari dari 10 Julai hingga 31 Disember 2025.

Kelewatan sebahagiannya berpunca daripada kegagalan Siemens menyerahkan perisian sistem tepat pada masanya, termasuk ujian komunikasi dan integrasi yang kritikal.

Ujian integrasi kini telah selesai, dan fokus kini ialah menyiapkan ujian “failure-free run” untuk lapan tren terakhir.

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya hampir siap, tetapi operasi hanya akan bermula selepas kelulusan keselamatan akhir.

Tarikh rasmi pembukaan dijangka diumumkan bulan depan selepas penilaian keselamatan bebas selesai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker