Dunia

Kontroversi Fail Epstein: Trump minta rakyat Amerika ‘move on’

Presiden AS, Donald Trump, meminta rakyat Amerika untuk beralih perhatian selepas pendedahan terkini fail berkaitan Jeffrey Epstein, pesalah seksual yang meninggal dunia, dengan mendakwa Epstein dan beberapa individu lain berkonspirasi menentangnya.

Trump menegaskan tiada dakwaan baharu terhadapnya dalam fail tersebut dan menyifatkan isu itu sebagai “masalah Demokrat, bukan Republikan”.

Beliau turut menyebut bahawa wartawan Michael Wolf dan Epstein kononnya berkonspirasi untuk memastikan beliau kalah dalam pilihan raya.

Fail terbaru yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman turut menyenaraikan beberapa figura terkenal termasuk Elon Musk dan Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick.

Mangsa yang dieksploitasi pada masa sama mendakwa Epstein mengendalikan rangkaian pemerdagangan seksual yang melibatkan golongan kaya dan elit politik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker