Malaysia
KPM siasat dakwaan pihak jual set soalan bocor SPM seperti tular di media sosial

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan dakwaan soalan SPM bocor yang tular di media sosial.
Lembaga Peperiksaan kini menjalankan siasatan mengikut prosedur bagi memastikan integriti peperiksaan terus terjamin.
KPM memantau perjalanan peperiksaan setiap hari, termasuk aspek keselamatan dan kerahsiaan set soalan, bagi mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan.
Pengalaman Lembaga Peperiksaan serta kerjasama agensi berkaitan diyakini mampu memastikan SPM 2025 berlangsung tanpa gangguan.
Orang ramai turut diingatkan agar tidak menyebarkan kandungan meragukan dan hanya merujuk saluran rasmi KPM untuk maklumat yang sah.




