Malaysia

Krisis politik: UMNO, PAS juga pernah hadap, Bersatu kini dalam proses pematangan – Sanjeevan

Situasi politik yang dialami parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika ini merupakan proses pematangan dan pengukuhan, dan bukannya tanda kelemahan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam kenyataan media memaklumkan, parti lain seperti UMNO dan PAS juga pernah melalui masalah yang sama.

Katanya, setiap parti politik di Malaysia pernah melalui krisis dalaman dan sekiranya tiada ujian yang menimpa, tiadalah kebijaksanaan yang diraih menerusi parti politik berkenaan.

Untuk itu, beliau yakin dengan pengalaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan membawa BERSATU keluar daripada ujian ini dengan lebih matang dan lebih bersedia menghadapi cabaran mendatang.

Sanjeevan turut menambah bahawa mereka yang bertahan selepas ributlah yang benar-benar layak memimpin pelayaran seterusnya sambil memberikan gambaran bahawa perjuangan Muhyiddin bakal membawa hasil pada masa akan datang.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker