Malaysia

KTMB sedia tren tambahan sempena Deepavali

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar–KL Sentral dan sebaliknya sempena Deepavali pada 20 Oktober.

Perkhidmatan khas ini akan beroperasi selama enam hari, dari 17 hingga 22 Oktober, dengan jualan tiket dibuka mulai jam 10 pagi Selasa ini.

Sebanyak 630 tempat duduk disediakan setiap hari, termasuk koc kelas perniagaan, menjadikan 3,780 tempat duduk keseluruhan sepanjang tempoh operasi.

Langkah itu bagi memenuhi lonjakan permintaan musim perayaan dan mengurangkan kesesakan jalan raya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker