Malaysia

“Langsung tak panik?” Tular rakaman kebakaran bar di Switzerland mengorbankan 40 nyawa

Rakaman video sebelum kebakaran tular di media sosial memaparkan ramai pengunjung, kebanyakannya remaja, dilihat tidak panik dan sempat merakam insiden kebakaran di bar Le Constellation di resort ski mewah Crans-Montana ketika sambutan Tahun Baharu.

Bagaimanapun, situasi bertukar menjadi tragedi apabila letupan itu mencetuskan kebakaran besar yang mengorbankan kira-kira 40 orang, manakala lebih 100 lagi cedera, dengan sebahagian besar dilaporkan parah.

Pihak berkuasa Switzerland mengesahkan seramai 115 mangsa menerima rawatan, menjadikan insiden itu antara bencana paling buruk pernah berlaku di negara tersebut.

Tragedi berkenaan mencetuskan suasana berkabung di Crans-Montana apabila ratusan penduduk berhimpun dalam upacara memperingati mangsa, manakala kerajaan Switzerland mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang selama lima hari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker