Malaysia

Lebih 200 lelaki terlibat aktiviti songsang ditahan di pusat kesihatan KL

Seramai 201 lelaki, termasuk 17 penjawat awam, ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.

Pusat dua tingkat yang beroperasi sejak lapan bulan lalu itu dipercayai menyorokkan aktiviti tidak bermoral di sebalik perkhidmatan gimnasium, sauna, spa, kolam mandi dan ruang rehat khas untuk lelaki.

Pelanggan dikenakan bayaran RM10 untuk pendaftaran seumur hidup dan RM35 setiap kali berkunjung.

Premis itu juga didapati mempromosikan perkhidmatan mereka melalui media sosial dan menjadi tempat pelanggan mencari kenalan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 387B Kanun Keseksaan.

Seramai 80 lelaki beragama Islam turut ditahan di bawah Seksyen 29 Akta 559 Kesalahan Syariah. Semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker