Malaysia

Lelaki cuba samun wanita di stesen minyak TTDI diburu polis

Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai cuba menyamun wanita di stesen minyak TTDI, Ahad lalu.

Ketua Polis Brickfields Hoo Chan Hook berkata laporan dibuat mangsa berusia 25 tahun pada 8.30 pagi, manakala kejadian berlaku sekitar 7.10 pagi ketika mangsa dan rakannya mengisi angin tayar.

Suspek menaiki motosikal menghampiri kereta dan cuba membuka pintu untuk mengambil beg mangsa.

Mangsa serta rakannya menghalang tindakan itu sebelum berlaku pergelutan hingga mangsa ditumbuk pada tangan dan kepala. Suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil barang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa cubaan samun.

Siasatan mendapati motosikal digunakan bernombor pendaftaran palsu dan polis telah mengeluarkan lakaran foto suspek bagi membantu usaha mengesan dan menahannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker