Malaysia
Lelaki maut kereta masuk gaung Lebuhraya KL-Karak

Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan sendiri.
Empat lelaki yang tersepit berjaya dikeluarkan, namun seorang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Punca kejadian masih dalam siasatan.




