Malaysia

Lelaki putus jari kaki, ibu cedera di kepala diserang pembantu rumah di Kuantan

Dua beranak cedera, termasuk seorang putus ibu jari tangan kiri, selepas diserang pembantu rumah warga asing menggunakan pisau pemotong daging di sebuah rumah dua tingkat di KotaSAS, Kuantan pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata mangsa ialah wanita berusia 57 tahun dan anak lelakinya berusia 28 tahun.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi itu, pergaduhan tercetus apabila pembantu rumah berusia 44 tahun dipercayai bertindak agresif akibat tekanan kerja.

Mangsa cedera di kepala dan tangan, manakala anak lelakinya putus ibu jari kiri serta luka di kepala dan kaki. Suspek turut mengalami kecederaan di pergelangan tangan dipercayai akibat cubaan membunuh diri.

Polis merampas enam bilah pisau dan sebilah gunting di lokasi kejadian. Semua yang terlibat dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker