Malaysia

Lelaki warga asing cuba terjun dari Stesen MRT Taman Midah

Seorang lelaki warga Kemboja berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari aras tinggi di Stesen MRT Taman Midah, petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 petang sebelum menggerakkan pasukan bersama bantuan BBP Bandar Tun Razak ke lokasi.

Mangsa ditemui berada di luar koridor lobi pejalan kaki di aras tinggi stesen berkenaan.

Pasukan bomba membuat penilaian keselamatan sebelum berjaya memujuk lelaki itu turun dengan selamat.

Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan selepas keadaan terkawal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker