Malaysia

Lelaki warga emas maut dirempuh bas ekspres selepas pulang dari klinik

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 95 Jalan Lipis–Merapoh, Lipis, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Ismail Man berkata mangsa berusia 65 tahun itu memandu Perodua Kancil bersama anaknya selepas pulang dari pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik.

Siasatan awal mendapati kereta mangsa keluar dari simpang secara tiba-tiba sebelum dilanggar bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Klang dengan membawa 15 penumpang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lipis. Pemandu bas berusia 30 tahun serta semua penumpang tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker