Malaysia

Kelantan bakal sesak minggu depan sempena cuti Tahun Baharu Cina, awal Ramadan

Kelantan dijangka mengalami peningkatan trafik ketara minggu depan apabila hampir sejuta kenderaan dijangka memasuki negeri itu sempena cuti Tahun Baharu Cina yang bertembung dengan ketibaan awal Ramadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan kebanyakan rakyat Kelantan memilih pulang ke kampung lebih awal untuk berbuka puasa bersama keluarga, sekali gus mencetuskan lonjakan aliran trafik.

Sehubungan itu, Op Selamat akan dilaksanakan bermula Ahad hingga Jumaat depan dengan tumpuan kepada lokasi kritikal, termasuk laluan di Gua Musang yang sedang menjalani kerja pembinaan.

Polis turut mengenal pasti beberapa laluan panas kemalangan dan kesesakan, selain menempatkan anggota tambahan bagi memastikan kelancaran trafik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker